Permulaan Program Keusahawanan Sosial Kolej Komuniti Kuching Di Kota Samarahan

Pada peringkat awal program keusahawanan sosial, kami telah mendapat kata putus untuk memilih golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai sasaran pelaksanaan projek ini. 

Hasil dari lawatan dan perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching,kami telah mengenalpasti usahawan OKU yang boleh diambil kira untuk projek ini yang bertempat di Samarahan.
Seri Anisa Tailor merupakan syarikat perkongsian yang dimiliki oleh Cik Hanisah dan Cik Serinah. 
Kedua - dua mengalami kecacatan anggota iaitu Cik Hanisah mengalami kecacatan kaki, 
manakala Cik Serinah mengalami kecacatan di bahagian muka. Mereka telah beroperasi sejak 2007 lagi di sebuah rumah sewa di tepi jalan yang terpencil di kawasan Samarahan. Mereka menyediakan perkhidmatan jahitan baju kurung, baju melayu dan jubah kepada penduduk - penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Perbincangan bersama pengarah Kolej Komuniti Kuching
mengenai cadangan menaik taraf premis.
Lawatan ke Premis Seri Anisa Tailor





Bilik jahitan premis sebelum diubahsuai





Sunday, 10 November 2013 at 03:50

0 Comments to "Permulaan Program Keusahawanan Sosial Kolej Komuniti Kuching Di Kota Samarahan"

Post a Comment